Pemimpin berjiwa rakyat

Andansura (kanan), Mohd Tarmizi
Andansura (kanan), Mohd Tarmizi
A
A
A

KUANTAN - Kepimpinan Pas Pahang berbangga dan merafak sembah diatas pemilihan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-16.

Timbalan Pesuruhajaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, sebagai rakyat Pahang sudah pasti menjunjung kasih dan taat setia kepada baginda.

Beliau juga mengharapkan baginda dapat melaksanakan tugas berat sebagai ketua agama dengan baik dan kebijaksanaan serta keamanan negara terus terpelihara termasuk kesucian Agama Islam.

“Saya yakin dengan keperibadian Tuanku yang berjiwa rakyat mampu menjaga keharmonian dan juga memelihara serta kedaulatan agama Islam akan memberi kesan besar di dalam menjamin kesejahteraan rakyat.

“Begitu juga kesejahteraan agama Islam itu dapat diletakkan bersesuaian dengan perlembagaan negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Andansura berkata, seluruh rakyat berkeyakinan Al-Sultan Abdullah akan dapat memikul tanggungjawab ini dengan jaya dan cemerlang.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, pemilihan Al-Sultan Abdullah disambut baik oleh seluruh rakyat dan pemimpin di negeri ini.

“Rakyat Pahang berbangga cukup bertuah di atas pelantikan Al-Sultan Abdullah sebagai Agong ke-16, seperti mana yang semua rakyat tahu, Tuanku seorang Raja berjiwa rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Tuanku sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan masalah rakyat dan antara pemimpin pertama yang turun padang apabila berlakunya musibah,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira kerana Al-Sultan Abdullah seorang sultan yang mudah didekati rakyat tanpa mengira tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Al-Sultan Abdullah Yang di-Pertuan Agong ke-16

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!