BNM pastikan kaedah pembayaran balik ikut situasi peminjam

Institusi perbankan bersedia membantu peminjam terjejas akibat Covid-19 melalui pelan pembayaran balik dan pengaturan lain bersesuaian dengan keadaan spesifik peminjam.
Institusi perbankan bersedia membantu peminjam terjejas akibat Covid-19 melalui pelan pembayaran balik dan pengaturan lain bersesuaian dengan keadaan spesifik peminjam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peminjam yang mampu membayar balik pinjaman mereka harus mula berbuat demikian untuk mengurangkan hutang dan kos pembiayaan keseluruhan yang mereka tanggung.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), menjelang tamatnya moratorium secara umum pada 30 September depan, pihaknya telah bekerjasama rapat dengan institusi perbankan memastikan bantuan terus diberikan kepada peminjam yang terjejas akibat Covid-19.

BNM dalam satu kenyataan memaklumkan, institusi perbankan terus bersedia untuk membantu peminjam yang terjejas akibat Covid-19 melalui pelan pembayaran balik dan pengaturan lain yang bersesuaian dengan keadaan spesifik setiap peminjam.

“Bagaimanapun, semua peminjam lain yang mampu perlu mula membuat pembayaran balik, kerana tindakan ini akan mengurangkan hutang dan kos pembiayaan keseluruhan yang mereka tanggung,” menurut BNM.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan setuju lanjut tempoh moratorium bersasar

BNM berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik Covid-19.

Sementara itu, BNM menjelaskan, pendekatan yang lebih bersasar bagi membantu peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah selaras dengan kawalan pergerakan yang telah dilonggarkan sejak awal Mei.

“Semenjak itu, hampir kesemua perniagaan dalam sektor ekonomi telah memulakan operasi dan semakin ramai rakyat Malaysia yang telah kembali bekerja.

"Sehubungan itu, banyak peminjam yang awalnya memilih untuk menyertai moratorium telah mula menyambung semula pembayaran balik pinjaman.

Artikel Berkaitan:

“Namun, situasi adalah mencabar bagi sesetengah pihak dalam aspek pendapatan dan aliran tunai terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan,” katanya.

Dalam hal itu, BNM berkata, pendekatan bersasar boleh memastikan sumber kewangan dan perhatian dapat diberikan keutamaan kepada golongan yang paling memerlukan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!