Wanita gelang pink berbaris di bank bebas Covid-19

Wanita yang memakai gelang pink ketika berbaris di sebuah bank di Jalan Ong Yi How di sini. Wanita yang memakai gelang pink ketika berbaris di sebuah bank di Jalan Ong Yi How di sini.
Wanita yang memakai gelang pink ketika berbaris di sebuah bank di Jalan Ong Yi How di sini. Wanita yang memakai gelang pink ketika berbaris di sebuah bank di Jalan Ong Yi How di sini.
A
A
A

BUTTERWORTH - Wanita yang memakai gelang pengawasan (PUS) wabak koronavirus (Covid-19) yang gambarnya tular ketika berbaris di sebuah bank di Jalan Ong Yi How di sini disahkan negatif dalam ujian saringan kedua yang dilakukan semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, gambar wanita berkenaan yang tular di media sosial sejak tengah hari tadi mengundang kebimbangan masyarakat setempat.

Menurutnya, bertindak atas aduan dan juga maklumat yang diperoleh, pihaknya telah bergegas ke lokasi berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Temubual bersama kakitangan bank terbabit memaklumkan perempuan yang memakai gelang pink itu hadir untuk berurusan tetapi telah dihalang oleh pengawal keselamatan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam bank.

"Selepas menghalang individu tersebut pengawal keselamatan bertindak memanggil pengurus bank dan memaklumkan perkara berkenaan, bagaimanapun individu tersebut telah bertindak melarikan diri sebelum pengurus bank dan pengawal keselamatan mahu berjumpanya dan mendapatkan butiran diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Noorzainy berkata, melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan polis telah mengenal pasti biodata berkaitan wanita berusia 25 tahun itu yang baharu pulang dari Thailand.

Katanya, wanita itu telah menjalani ujian Covid-19 kali pertama pada 15 Julai lalu dan didapati negatif manakala ujian kali kedua yang telah dijalankan semalam juga negatif.

"Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan akan selesai menjalani pemantauan esok.

Artikel Berkaitan:

"Saya berharap masyarakat khususnya di sekitar Butterworth dapat bertenang dan tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih," katanya.

Noorzainy berkata, orang awam dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada polis sekiranya melihat individu yang memakai PUS di tempat awam.

Tambahnya, mereka boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau hubungi terus ke Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 supaya tindakan pantas akan segera diambil.

Beliau berkata, orang awam tidak perlu menularkan berita atau maklumat yang boleh mencetus kebimbangan masyarakat setempat.

"Setiap individu yang dikenakan PUS haruslah bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan terus mematuhi arahan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk terus berada di tempat yang sepatutnya sehingga tarikh pemantauan tamat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!