Waspada lembu seludup untuk ibadah korban
KOTA BHARU - Orang ramai perlu mengamalkan sikap 'memilih' bagi memastikan mereka tidak membeli lembu seludup menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada Jumaat ini.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, aspek itu perlu dititik beratkan bagi memastikan kesucian ibadah tersebut dapat dijaga.
"Seludup lembu isu lain (melibatkan isu lari dari membayar cukai kepada pihak kerajaan berkaitan aspek pentadbiran perkara tersebut salah dari segi undang-undang negara) tetapi kalau haiwan itu cukup sifat yang baik dan syarat-syarat untuk korban ibadahnya menjadi sah.
"Korban adalah ibadah ia perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Hal ini kerana ALLAH amat suka terima ibadah yang terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas isu lembu seludup yang mungkin digunakan untuk ibadah korban.
Menurutnya, jika individu berkenaan tahu lembu tersebut dicuri atau diseludup mereka perlu mengelakkan daripada membeli haiwan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!