Rolls-Royce Cullinan buat kemunculan sulung Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS membuat kemunculan sulung dalam pasaran global pada Mei tahun lepas, kenderaan utiliti sukan pertama Rolls-Royce (SUV) yang dikenali sebagai Cullinan, akhirnya memasuki pasaran Malaysia.

Rolls-Royce Motor Cars, sebuah subsidiari milik penuh Kumpulan BMW, melancarkan SUV itu di sini hari ini, dengan harga bermula daripada RM1.8 juta seunit, bergantung kepada spesifikasi pelanggan.

Namanya diambil daripada berlian terbesar yang pernah ditemui, SUV mewah pacuan empat roda itu ditawarkan dengan versi empat dan lima tempat duduk, dipacu oleh enjin V12 Rolls-Royce 6.75 liter turbo berkembar baharu dengan lapan transmisi kelajuan.

"Ramai pelanggan kami sedang menunggu kedatangan SUV ini, sebagai tambahan ke dalam koleksi kereta mereka disebabkan kegunaannya yang serba boleh, kemewahan serta keselesaan yang tidak tertanding termasuk prestasi di atas jalan raya dan permukaan tidak berturap," kata Pengarah Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur Anas Zawawi Khalid dalam satu kenyataan.

Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, dikendalikan oleh Quill Motorcars Sdn Bhd, merupakan pengedar tunggal untuk kereta Rolls-Royce di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!