Diana Danielle akui pernah alami kontroversi panas

Diana
Diana
A
A
A
PELAKON cantik, Diana Danielle, 28, mendedahkan ketika zaman remaja dia pernah berdepan dengan kontroversi panas seperti mana dialami bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee.

Menurut Diana menerusi status panjang lebar di Instagramnya, ketika berusia belasan tahun dan pada masa sama baru sahaja melangkah ke alam industri hiburan, gambarnya berpesta sempena menyambut hari lahir kawan baik tular.

Sejak itu, Diana menganggap kontroversi terus mengikut jejaknya dan pernah kehilangan kerja serta tawaran yang lumayan.

"Ia seperti kontroversi yang terus mengekori ke mana sahaja saya pergi.

"Banyak yang telah berlaku ketika di usia remaja, sebab sikap saya yang suka rebel.

No Image Caption

"Meskipun begitu saya perbetulkan kesilapan dan kekurangan diri, tebalkan kulit dan terus bekerja sehingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan:


"Itulah yang perlu anda buat di mata umum, anda akan hilang pekerjaan dan apa sahaja gelaran.

"Saya sangat percaya yang mana rezeki tidak akan meninggalkan saya dan sekiranya ianya bukan milik saya, kejarlah tapi tetap tidak boleh," luahnya.

Diakhir perkongsian, Diana turut memuji Haneesya, "cantik dengan bakat, teruskan bersinar," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!