UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), September tahun lalu. - Foto SINAR HARIAN/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpelukan selepas menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), September tahun lalu. - Foto SINAR HARIAN/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, parti Melayu terbesar itu memilih untuk memperkasakan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

"Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO jamin pertahan kerjasama PN

Zahid Hamidi beri bayangan UMNO mungkin keluar PN

"Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak Pas untuk diperhalusi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan UMNO dan Pas memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat Bersatu sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!