Kiswah baharu Kaabah dipasang
MAKKAH - Kiswah Kaabah diganti pada Rabu malam dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Timbalan Ketua Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri dalam satu kenyataan berkata, Kaabah telah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas.
Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120kg benang emas dan 100kg benang perak.
Seramai 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!