Lelaki mengamuk cuba terjun bangunan

Anggota bomba menggunakan cara 'rappelling' untuk menyelamatkan seorang lelaki cuba terjun bangunan di Flat Sri Johor, Cheras, hari ini.
Anggota bomba menggunakan cara 'rappelling' untuk menyelamatkan seorang lelaki cuba terjun bangunan di Flat Sri Johor, Cheras, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari tingkat lima Flat Sri Johor, Cheras, hari ini.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa L Logeswaran berkata, lelaki berusia 28 tahun itu diselamatkan dengan cara 'rappelling'.

"Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi.

"Seramai 20 anggota dan pegawai menaiki tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dan Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Logeswaran berkata, setibanya pasukan penyelamat di lokasi mendapati lelaki itu berada di koridor rumah sedang memegang senjata tajam, mengamuk dan cuba untuk membunuh diri.

"Kita berjaya menangkap mangsa menggunakan cara 'rappelling' dengan menurunkan dua anggota bomba dari atas bumbung flat kemudian menutup pintu utama di koridor.

"Pihak polis kemudian merempuh masuk ke dalam rumah dengan memecahkan pintu rumah hadapan," katanya.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tersebut tamat pada jam 7.04 pagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!