'Tidak bimbang disaman RM10 juta'

Haniza (tiga dari kiri) menghadiri Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (Perisma) dan Nation of Women (NOW) dan Kempen Keselamatan Kebakaran di BBP Meri Raya hari ini.
Haniza (tiga dari kiri) menghadiri Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (Perisma) dan Nation of Women (NOW) dan Kempen Keselamatan Kebakaran di BBP Meri Raya hari ini.
A
A
A

IPOH - Wakil rakyat yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bimbang dengan tindakan parti itu yang menuntut saman RM10 juta sebagai pampasan atas tindakan melompat dan keluar parti.

Bekas Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha berkata, tindakan berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya nampak tindakan tersebut seperti ‘ultra virus’, bertentangan dengan Perlembagaan yang memberi hak kebebasan kepada mana-mana individu warganegara untuk menganggotai pertubuhan berdaftar.

“Kalau sekiranya menganggotai pertubuhan selain PKR tidak menyalahi Perlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan mengatasi perlembagaan parti atau mana-mana pertubuhan. Saya rasa agak yakin bahawa tindakan itu tidak boleh dikenakan terhadap kami,” katanya ketika mengulas tindakan PKR yang telah mengeluarkan surat tuntutan saman sebanyak RM10 juta kepada 19 wakil rakyat sebagai pampasan kerana berpaling tadah.

Beliau ditemui pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat (Perisma) dan Nation of Women (NOW) dan Kempen Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Meru Raya di sini hari ini.

Haniza ketika ditemui media.
Haniza ketika ditemui media.

Haniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata, beliau masih belum menerima surat tuntutan saman tersebut.

“Kita akan meneliti saman itu dan bersedia bersama peguam untuk mengambil kes atau tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

“Saya bukan keluar atau meninggalkan PKR tetapi saya dipecat. Saya juga tidak melompat parti dan tidak menganggotai mana-mana parti. Jadi tanggungjawab sebenarnya di atas bahu parti. Saya ADUN bebas,” katanya.

Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan (letters of demand) kepada 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah dengan keluar daripada parti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR tuntut 19 MP, ADUN keluar parti bayar RM10 juta seorang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!