Anggota, Timbalan Pengarah JPJ bantu wanita tepi jalan

Anggota JPJ memunggah barang milik penumpang kereta ke kenderaan JPJ.
Anggota JPJ memunggah barang milik penumpang kereta ke kenderaan JPJ.
A
A
A

KUALA KRAI - Pemandu wanita serta penumpang yang berhadapan masalah tayar pancit sehingga keretanya tersadai di tepi jalan dibantu

anggota dan Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan melalui kawasan itu, hari ini.

Mohd Apandi Jusoh berkata, ketika melalui jalan Bukit Akil kira-kira jam 2.30 petang beliau dan anggota terlihat sebuah kereta tersadai di tepi jalan dan kelihatan beberapa wanita dalam kenderaan.

“Kami pulang dari mesyuarat bersama empat jabatan di pejabat hutan dan masa sampai di situ kami sangka ada kemalangan, tetapi sebenarnya tayar kereta pancit.

“Kami cuba bantu untuk tukar tayar malangnya tayar ganti tidak dapat digunakan. Dua bayi dan seorang remaja lelaki antara penumpang kereta tersadai di tengah panas ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, simpati dengan nasib mereka selepas tidak ada kenderaan yang berhenti untuk menghulurkan bantuan, beliau serta anggota memunggah barang milik mereka serta dimasukkan ke kenderaan JPJ.

“Mereka kami hantar pulang ke Manek Urai, sementara pemandu dihantar ke bengkel bagi membolehkan dia menguruskan keretanya untuk dibawa pulang,” katanya.

Mohd Apandi berkata, tugas anggota dan pegawai JPJ bukan sekadar sebagai penguat kuasa tetapi turut memberi khidmat masyarakat kepada orang awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!