Pembatalan GP Motosikal Malaysia berita menyedihkan

Pelumba Petrnas Yamaha SRT, Fabio Cantararo muncul juara GP Sepanyol dan GP Andalusia, baru-baru ini
Pelumba Petrnas Yamaha SRT, Fabio Cantararo muncul juara GP Sepanyol dan GP Andalusia, baru-baru ini
A
A
A

PEMBATALAN Grand Prix (GP) Motosikal Shell Malaysia 2020 yang dijadualkan berlangsung mulai 30 Oktober hingga 1 November ini dilihat sebagai berita yang agak menyedihkan terutama kepada peminat sukan MotoGP di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif berkata, biarpun agak kecewa dengan pembatalan GP berkenaan, namun dengan pandemik Covid-19 ketika ini kesihatan dan keselamatan orang ramai adalah lebih utama.

“Kami benar-benar kecewa dengan pembatalan GP Malaysia kali ini kerana kami memang mahu membawakan aksi pelumbaan MotoGP ini ke Malaysia, tambahan pula dengan penyertaan daripada pelumba tempatan Kasma Daniel, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin dan pasukan lumba Petronas (SRT).

"Bagaimanapun dalam masa sama, dengan penularan Covid-19, kami tidak mahu memberikan risiko kepada keselamatan dan kesihatan orang ramai," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Azhan Shafriman berharap penganjuran GP Malaysia 2021 dapat diadakan dengan lebih baik.

Katanya, langkah terbaik yang boleh dilakukan ketika ini adalah untuk terus memberikan sokongan kepada pelumba tempatan yang masih bertanding musim.ini.

"Saya pasti ini adalah perkhabaran sedih untuk peminat MotoGP di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

"Kita telah melihat peningkatan penonton untuk MotoGP ini dari tahun ke tahun dan kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi untuk sokongan yang berterusan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pembatalan GP Motosikal Shell Malaysia 2020 adalah yang terbaharu selepas GP Amerika Syarikat, Argentina dan Thailand sebelum ini.

Difahamkan ini adalah kali pertama GP Malaysia tidak akan dianjurkan di negara ini sejak lebih 20 tahun ia dianjurkan secara berterusan.

ARTIKEL BERKAITAN: MotoGP Malaysia batal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!