PH 'pantang' politik diskriminasi

Zuraida (dua, kanan) ketika berbual bersama peserta pertandingan memasak antara aktiviti yang dijalankan ketika kehadirannya di kawasan tersebut hari ini
Zuraida (dua, kanan) ketika berbual bersama peserta pertandingan memasak antara aktiviti yang dijalankan ketika kehadirannya di kawasan tersebut hari ini
A
A
A

LIPIS - Tiada diskriminasi sebaliknya semua kerajaan negeri tetap mendapat peruntukan pembangunan daripada kerajaan pusat yang kini diterajui PH.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, amalan tersebut tidak diamalkan PH berbanding BN yang mengamalkan politik diskriminasi sebelum ini.

Menurutnya,ia boleh dilihat ketika BN memerintah yang menyalurkan peruntukan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada kerajaan negeri, perkara itu tidak diteruskan kerajaan Pusat ketika ini.

"Ini adalah antara penambahbaikan yang kita lakukan bagi memastikan setiap peruntukan dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri.... tidak ada (kerajaan negeri) yang dianaktirikan, tidak seperti zaman mereka (BN) dulu.

"Macam di Pahang, walaupun negeri ini adalah negeri pembangkang, namun kerajaan Pusat tidak memotong peruntukan pembangunan kepada mereka... Pahang pun dapat (peruntukan) sama seperti negeri lain," katanya.

Beliau berkata sedemikian sedemikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Penduduk Sungai Koyan, hari ini.

Sementara itu, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memang berhasrat untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Pahang.

"Kalau nak kira, kita memang nak bina lebih banyak rumah mampu milik di Pahang... KPKT juga sudah minta cadangan tapak untuk melaksanakan projek terbabit, namun sehingga kini, mereka (kerajaan negeri) tidak memberikan kerjasama.

Artikel Berkaitan:

"Jika mereka mahu kerajaan Pusat membantu membina rumah mampu milik, saya kena tengok dulu tapak (tanah) yang mereka tawarkan... kawasan untuk membina rumah (mampu milik) perlulah menepati Dasar Perumahan Mampu Milik yang ditetapkan kerajaan Pusat.

"Takkanlah kita nak bina rumah (mampu milik) di kawasan pedalaman atau kawasan jin bertendang... kalau kita nak bina, janganlah sampai membebankan pemilik dengan masalah lain seperti kos sara hidup atau jarak perjalanan yang jauh daripada tempat mereka bekerja," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden PKR turut berharap pengundi di Cameron Highlands memilih calon PH pada PRK Cameron Highlands yang berlangsung pada Sabtu ini supaya segala penyelarasan penyelarasan projek pembangunan di kawasan terbabit dipermudahkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!