Khabar angin Pak Lah meninggal dunia tidak benar

Kenyataan penafian berita palsu dikeluarkan pihak Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Kenyataan penafian berita palsu dikeluarkan pihak Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berada dalam keadaan sihat, sekali gus menafikan khabar angin mengatakan beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Lah telah meninggal dunia.

Perkara itu disahkan pihak pengurusan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini.

"Pengurusan Galeri mendapati terdapat penularan berita palsu melalui WhatsApp mengenai keadaan kesihatan Tun Abdullah yang merosot.

"Beliau dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang. Pengurusan galeri menafikan penularan berita tidak benar tersebut.

"Orang ramai digesa untuk tidak menyebarkan berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Abdullah, Izad Raya memuat naik status dan berkongsi gambar oleh anak Abdullah, Kamaluddin yang menunjukkan bekas Perdana Menteri itu sedang menonton televisyen.

"Kepada yang bertanya terutama yang bertanggungjawab mula menyebarkan berita tidak benar, beliau dalam keadaan sihat dan sedang fokus menonton pelumbaan F1 di televisyen," katanya.

Facebook Izad Raya memuat naik status dan berkongsi gambar oleh anak Pak Lah, Kamaluddin Abdullah menunjukkan bekas Perdana Menteri kelima itu sedang menonton televisyen.
Facebook Izad Raya memuat naik status dan berkongsi gambar oleh anak Pak Lah, Kamaluddin Abdullah menunjukkan bekas Perdana Menteri kelima itu sedang menonton televisyen.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, satu kenyataan penjelasan daripada pejabat Abdullah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Abdullah yang berusia 81 tahun dilahirkan pada 26 November 1939 memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelima, juga sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri bermula 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.

Konsep Islam Hadhari menjadi menjadi benteng dan corak kepimpinannya sepanjang beliau menerajui negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!