Penderma organ selamatkan dua nyawa

Seorang lelaki di India yang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang telah menyelamatkan dua nyawa setelah menderma organ kepada pesakit kritikal. - Gambar hiasan
Seorang lelaki di India yang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang telah menyelamatkan dua nyawa setelah menderma organ kepada pesakit kritikal. - Gambar hiasan
A
A
A

MUMBAI - Seorang pesakit yang meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang telah menyelamatkan dua nyawa setelah menderma organ kepada pesakit kritikal.

Penderma berusia 74 tahun telah mendermakan hati dan paru-paru apabila mengalami kematian otak seminggu lalu, lapor The Times of India.

Sikap mulia itu menjadikan dia orang pertama menderma organ paru-paru sejak pandemik Covid-19 melanda negara dan individu ke-24 sebagai penderma di bandar untuk tahun ini.

Sebelum ini, warga emas itu terjatuh di rumah dan dikejarkan hospital di Parel minggu lalu.

"Dia mengalami pendarahan otak akibat tekanan intrakranial dan tidak dapat diselamatkan," kata Dr Prashant Borade, ketua jabatan penafasan dan rawatan kritikal.

Beliau juga menasihatkan kepada waris si mati untuk menderma organ dan mereka bersetuju.

Penderma menderita diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik serta telah menjalani dialisis selama dua tahun.

Anak perempuan penderma berkata, bapanya suka membantu dan mengutamakan orang lain berbanding dirinya.

Artikel Berkaitan:

"Dia akan gembira dengan keputusan kami menderma organ untuk membantu menyelamatkan nyawa orang lain," katanya.

Difahamkan, organ paru-paru diterbangkan ke Chennai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!