Porsche 911 GT3 remuk teruk selepas dicuri
CARDIFF - Hati pemilik sebuah kereta sport pastinya akan hancur apabila mengetahui kenderaan itu rosak selepas terlibat dalam perlanggaran ketika ia dilarikan oleh seorang pencuri baru-baru ini.
Bagaimanapun, pencuri itu yang merupakan seorang remaja akhirnya ditangkap dan didakwa dengan pelbagai kesalahan selepas dia mencuri sebuah kereta Porsche 911 GT3 daripada sebuah keluarga.
Menurut portal berita Car Advice pada 26 Julai lalu, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku di bandar Tonyrefail, Wales kira-kira 25 kilometer dekat Cardiff.
Kenderaan itu dilengkapi dengan enjin enam silinder dan mempunyai hampir 500 kuasa kuda manakala bahagian kirinya remuk teruk.
Kemalangan itu menyebabkan Porsche 911 GT3 mengalami kerosakan yang besar.
Kereta itu ditemui dalam keadaan bamparnya tercabut.
Setakat ini, tidak pasti jumlah kos kerosakan akibat kemalangan itu.
Bagaimanapun, pencuri tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius tetapi berhadapan dengan pelbagai kesalahan jalan raya dan mencuri Porsche 911 GT3.
Punca yang menyebabkan kereta sport itu terlibat dalam kemalangan masih tidak diketahui.
Pihak berkuasa tidak menerima sebarang laporan kecederaan daripada mana-mana individu lain atau kerosakan pada kereta yang mungkin berada dekat dengan tempat kejadian. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!