Acer Day dalam talian tawar promosi hebat

Promosi menarik yang ditawarkan sempena Acer Day.
Promosi menarik yang ditawarkan sempena Acer Day.
A
A
A

ACER Malaysia meraikan sambutan Acer Day secara dalam talian pada tahun ini dengan menawarkan promosi hebat, cabutan bertuah, mengadakan cabaran #FeeltheVibeWithAcer dan menganjurkan pelbagai aktiviti lain.

Pengarah Urusan Pelanggan, Pemasaran dan Produk Acer Malaysia, Johnson Seet berkata, pihaknya turut menampilkan komputer riba permainan video popular yang diberi nafas baharu iaitu Predator Helios 700 dan Helios 300.

Menurutnya, bertemakan 'Feel the Vibe', tahun ini merupakan edisi keempat Acer Day dan acara itu diadakan secara dalam talian Ahad lalu.

"Ketika di peringkat perancangan, langkah berjaga-jaga dititikberatkan dan kami memutuskan untuk tidak melaksanakan jerayawara di beberapa negeri untuk keselamatan pelanggan.

"Selain permainan dan hadiah, kami menganjurkan Super Brand Day selama tiga hari di Shopee bermula pada 2 hingga 4 Ogos 2020," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, terdapat promosi Massive Deal di mana potongan harga sehingga 83 peratus akan diberikan dan baucar Shopee sehingga RM200 ditawarkan hanya untuk tempoh istimewa ini.

Predator Helios 700
Predator Helios 700

Dalam pada itu katanya, bermula dari 1 Ogos lalu hingga 30 September depan, pelanggan yang membeli model-model Acer terpilih dari kedai dalam talian atau fizikal akan diberikan ganjaran penyertaan 'Buy and Win Lucky Draw'.

Artikel Berkaitan:

Johnson berkata, pelanggan hanya perlu hantarkan resit ke laman web www.a-redemption.com untuk menebus hadiah dan mendaftar.

Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah komputer riba permainan video Predator, Acer Swift 7, monitor dan alat dengar permainan video.

Pemenang bertuah akan dipilih dalam siaran langsung di Acer Malaysia Facebook, yang akan turut disiarkan di Facebook MasterRamen, ChuChu Gaming, Spartanker, dan Alicia Tan pada Ogos serta September.

Predator Helios 300
Predator Helios 300

Predator Helios 700 versi baharu kini dibuka untuk pra-tempah khas di Malaysia dan harga bermula dari RM12,999 bergantung pada spesifikasi.

Predator Helios 300 pula merupakan model komputer riba yang popular dalam kalangan pemain yang mencari gameplay bebas-kabur kerana paparan 15.6 inci bingkai nipis FHD IPS yang menyokong kadar muat semula (refresh) dan tempoh respon 3ms.

Harga runcit bermula dari RM4,599 dan ia mula dijual di kedai dalam talian rasmi Acer dan semua pengedar sah di seluruh negara mulai 2 Ogos lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 dan WhatsApp +6011-1062 8865.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!