Twitter berdepan denda sehingga AS$250 Juta

Twitter - Foto sumber internet
Twitter - Foto sumber internet
A
A
A

MOSCOW - Syarikat media sosial Twitter pada Isnin berkata, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat sedang menyiasatnya untuk kemungkinan penyalahgunaan maklumat peribadi untuk tayangan iklan, kata agensi berita Sputnik memetik laporan The New York Times (NYT).

Syarikat itu berdepan denda berjumlah US$150 juta hingga US$250 juta untuk dakwaan pelanggaran peribadi.

Menurut NYT, Twitter berkata FTC telah memulakan siasatan pada Oktober lalu setelah rangkaian sosial itu menghubungkan pangkalan data maklumat peribadi pengguna yang dimilikinya untuk tujuan keselamatan dengan sistem yang digunakan oleh rakan pengiklanan.

Tindakan tersebut yang dikatakan Twitter tidak disengajakan boleh melanggar perjanjian 2011 mengenai maklumat peribadi pengguna yang ditandatangani oleh syarikat itu dengan FTC, iaitu Twitter dilarang mengelirukan orang ramai mengenai langkah keselamatan dan perlindungan yang diambilnya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!