Taufan Isaias badai Carolina Utara
RALEIGH - Taufan Isaias melanda Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) semalam sebagai ribut kategori satu dengan kelajuan 140 kilometer sejam, kata Pusat Taufan Kebangsaan AS.
Ia melanda kawasan daratan di bahagian selatan negeri tersebut dekat Pantai Isle pada kira-kira pukul 11.10 malam waktu tempatan.
Ahli-ahli meteorologi memberi amaran bahawa hujan lebat dan ribut yang boleh mengancam nyawa manusia kemungkinan akan berlaku.
Taufan yang membawa hujan lebat itu dijangka menyebabkan banjir kilat di negeri-negeri tengah Atlantik serta angin ribut di Washington, Philadelphia dan New York.
Presiden AS, Donald Trump pada awal semalam berkata, beliau sudah mengeluarkan pengisytiharan kecemasan untuk Florida dan Carolina Utara serta Carolina Selatan selain menggunakan dana Persekutuan bagi menghadapi ancaman tersebut.
"Setiap orang perlu berjaga-jaga. Saya menggalakkan setiap orang mematuhi garis panduan negeri dan pihak berkuasa (berhubung taufan itu)," katanya pada satu sidang akhbar. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!