Puluhan kuda liar mati akibat cuaca panas melampau di Australia

Renjer menemukan kuda liar yang telah mati berhampiran lubang air kering di Alice Spring. - Foto Ralph Turner
Renjer menemukan kuda liar yang telah mati berhampiran lubang air kering di Alice Spring. - Foto Ralph Turner
A
A
A

ALICE SPRING - AUSTRALIA.Fenomena gelombang haba panas di Australia telah mengakibatkan kematian lebih 90 kuda liar di kawasan pedalaman negara itu, kata pihak berkuasa.

Pasukan renjer menemukan haiwan berkenaan yang telah mati dan hampir mati berhampiran lubang air kering di Alice Spring, minggu lalu.

Sejumlah 40 kuda liar tersebut telah mati akibat dehidrasi dan kelaparan, manakala selebihnya terpaksa 'dimatikan'.

Lebih 13 bandar di seluruh Australia mengalami gelombang haba melampau sejak dua minggu lalu, Adelaide misalnya mencatatkan suhu 47.7 darjah celsius, memecahkan rekod paling tinggi sejak 1939.- BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!