Arul teruja mulakan tugas bersama Malaysian Tigers

Arul Selvaraj
Arul Selvaraj
A
A
A

PENGENDALI baharu Malaysian Tigers, Arul Selvaraj menyifatkan pelantikannya menggantikan Roelant Oltmans yang meletak jawatan pada 1 Ogos lalu sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar dalam usaha memartabatkan semula skuad hoki negara.

"Ini kali kedua saya kembali bersama skuad Malaysian Tigers selepas bersama skuad negara pada 2014 ketika menggalas tanggungjawab membawa cabaran negara di Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.

"Saya berterima kasih kepada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal dan barisan kepimpinan persatuan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

"Sejujurnya saya tidak sabar untuk kembali bekerjasama bersama barisan kejurulatihan dan pemain dalam mempersiapkan skuad yang lebih mantap bagi menghadapi cabaran Sukan Asia 2022," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Semalam MHC mengikat khidmat bekas pemain kebangsaan itu dua tahun dengan sasaran utama menyediakan skuad terkuat bagi cabaran Sukan Asia 2022.

Bekas ketua jurulatih UniKL itu yang kini berada di Dublin, Ireland dijangka memulakan tugasnya dalam tempoh dua minggu selepas tamat tempoh kuarantin wajib yang akan dijalaninya apabila pulang ke tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Arul ambil alih tugas Oltmans

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!