Kari Covid, naan pelitup muka tarikan restoran di India
ODHPUR - Sebuah restoran di India menyediakan menu istimewa ‘kari Covid’ dan ‘naan pelitup muka’ sebagai cubaan untuk menarik semula pelanggan ke premis tersebut.
“Ia adalah detik yang sukar buat kami dan seluruh sektor,” kata pemilik restoran vegetarian di bandar Jodhpur, negeri Rajasthan, Yash Solanki.
Menurutnya, mereka turut mencampurkan herba tambahan dan rempah yang baik dalam masakan tersebut untuk kesihatan orang ramai.
“Orang ramai masih bimbang walaupun sekatan telah dilonggarkan. Ramai pelanggan takut untuk makan di restoran,” katanya.
Hidangan kari Covid itu adalah sayur digoreng yang kelihatan seperti ‘mahkota’ koronavirus dan dimakan bersama roti menyerupai pelitup muka.
Ketika ini, India merekodkan kira-kira 50,000 kes jangkitan pada setiap 24 jam dan menjadi negara ketiga terjejas di dunia dengan 1.8 juta kes jangkitan serta lebih 38,000 kematian. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!