Lelaki tersepit dalam kren terbalik
KUALA LUMPUR - Seorang pengendali kren berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kenderaan berat itu yang terbalik di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) berhampiran Alam Damai, Cheras pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.45 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi.
"Bomba mendapati seorang lelaki berusia sekitar 28 tahun terperangkap dan tersepit di bawah kren 26 tan itu.
"Anggota JBPM kemudian berusaha menyelamatkan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.50 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa yang mengalami patah kaki kiri dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!