City lemah tanpa penyokong

Casemiro yakin pasukannya mampu menewaskan Manchester City dalam aksi timbal balik 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Sabtu ini.
Casemiro yakin pasukannya mampu menewaskan Manchester City dalam aksi timbal balik 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Sabtu ini.
A
A
A

PEMAIN tengah Real Madrid, Casemiro percaya pasukannya mampu menewaskan Manchester City di Stadium Etihad dalam aksi timbal balik 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Sabtu ini.

Dia melihat ketiadaan penyokong di laman keramat City itu akan menjadikan perlawanan tersebut berbeza dan Real mempunyai peluang untuk menukar defisit kekalahan 1-2 dalam perlawanan pertama Februari lalu.

"Tanpa penyokong ia akan menjadikan perlawanan itu berbeza. City akan kekurangan kelebihan beraksi di tempat sendiri tanpa kehadiran penyokong.

"Ia masih perlawanan yang sukar untuk kedua-dua pasukan, tetapi kami Real Madrid dan kami tahu mempunyai peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya," katanya.

Dalam pada itu, pertahanan Real, Raphael Varane percaya Los Blancos sudah bersedia sepenuhnya untuk menundukkan skuad kendalian Guardiola itu walaupun sedar City bukan sebarangan kelab.

"Kalau boleh kami mahu menang setiap hari dan dalam apa jua cara untuk meningkatkan motivasi kami. Kami tidak memiliki jadual yang padat dan ia memberikan ruang kepada kami untuk bersedia.

"Pasukan yang terbaik pada hari tersebut akan menang dan kami akan hadir dalam perlawanan tersebut dengan semangat kemenangan," katanya.

Menurutnya, pasukan gergasi La Liga itu juga berada pada momentum terbaik selepas meraih kejuaraan liga baru-baru ini dan semangat tersebut akan dibawa dalam aksi menentang City.

Artikel Berkaitan:

Malah, Real juga telah membuat penilaian berdasarkan pertemuan pertama Februari lalu dan tahu cara untuk menghentikan corak permainan The Citizens.

"Pada aksi pusingan pertama, ia perlawanan yang sangat berkualiti dan hanya dibezakan dengan sedikit kesilapan yang membuatkan kami tewas. Tetapi, sudah tentu perlawanan timbal balik ini akan berbeza," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!