DBKL keluar 14 notis kompaun kepada peniaga

Antara premis yang dikesan gagal mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan. - Foto ihsan Facebook DBKL
Antara premis yang dikesan gagal mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan. - Foto ihsan Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 14 notis kompaun atas pelbagai kesalahan kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan menerusi satu operasi dilaksanakan sekitar Jalan Budiman dan Jalan Jujur, Bandar Tun Razak semalam.

Menerusi kemaskini di laman Facebook, DBKL berkata, operasi tersebut dilaksanakan menerusi Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar bermula jam 5 petang semalam melibatkan 14 orang petugas.

Katanya, 12 kompaun dikeluarkan atas kesalahan mengikut Seksyen 47 (1) (a) apabila terdapat peniaga dikesan gagal menguruskan sampah sarap di tempat awam dengan sebaiknya.

"Baki dua kompaun lagi dikeluarkan mengikut Seksyen 46 (1) (d) berikutan barangan tred perniagaan diletakkan di tempat awam," katanya.

DBKL berkata, tujuan penguatkuasaan itu dilaksanakan adalah bagi memastikan pengusaha dan pemilik premis mematuhi peraturan ditetapkan DBKL.

Tambahnya, operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan semua pihak dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan membuang sampah di tempat sepatutnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!