Hormati masjid sebagai rumah ibadat

JAIPs
JAIPs
A
A
A

KANGAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) mengingatkan umat Islam agar tidak menyalahgunakan masjid di seluruh negeri ini untuk tujuan yang tidak selari dengan fungsi rumah ibadat itu.

Pengarah JAIPs Dr Hazman Hassan berkata, umat Islam sepatutnya memastikan masjid dikekalkan sebagai tempat ibadat dan perpaduan ummah.

"Jika ada pihak yang ingkar arahan ini, hendaklah ditegah serta-merta dan dilaporkan ke JAIPs untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu susulan demonstrasi aman yang dilakukan oleh kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar kerana menuntut penjelasan pemecatan 25 imam oleh JAIPs melalui surat tanpa menyatakan sebab pada akhir Disember lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!