Pelawak Australia persenda mangsa serangan Christchurch

Isaac Butterfield
Isaac Butterfield
A
A
A

SYDNEY - Pelawak kontroversi Australia dikecam teruk gara-gara membuat jenaka yang menyinggung perasaan waris keluarga mangsa serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang didalangi pengganas kulit putih, Brenton Tarrant pada Mac tahun lalu.

Isaac Butterfield membuat lawak biadab dan tidak menjaga sensitiviti itu ketika menyertai Melbourne International Comedy Festival 2019.

Rakaman itu bagaimanapun muncul semula menerusi akaun YouTube milik pelawak terbabit yang terkenal dengan suara lantang dan konsep dark comedy.

“Pada saya, perkara paling sedih adalah bukan kesemua orang yang terbunuh dalam kejadian itu. Tetapi, ratusan penduduk setempat yang tidak dapat pulang dari kelab malam kerana kesemua ‘pemandu teksi’ telah terbunuh,” katanya merujuk kepada mangsa.

Klip itu menerima reaksi kurang senang pengguna media sosial kerana tindakannya mempersendakan kematian tragis kesemua 51 mangsa dalam kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!