Budak 9 tahun tak sedar peluru tembusi otak

Sebutir peluru kelihatan pada imej X-ray di Hospital Universiti Hadassah, Baitulmuqaddis baru-baru ini. - Foto Hospital Universiti Hadassah
Sebutir peluru kelihatan pada imej X-ray di Hospital Universiti Hadassah, Baitulmuqaddis baru-baru ini. - Foto Hospital Universiti Hadassah
A
A
A

BAITULMUGADDIS - Seseorang yang terkena tembakan belum tentu akan meninggal dunia jika ajalnya tidak dipanggil oleh Ilahi.

Begitulah yang terjadi kepada seorang budak berketurunan Arab berusia 9 tahun dari Baitulmugaddis Timur apabila sebutir peluru menembusi otaknya tanpa disedari baru-baru ini.

Kejadian berlaku apabila keluarga budak tersebut di kawasan kejiranan Palestin di Ras al-Amud membawanya ke Hospital Universiti Hadassah di kawasan kejiranan Ein Kerem kerana mengalami kecederaan kecil pada kepalanya untuk mendapatkan rawatan perubatan pada malam Jumaat lalu.

Ibu budak tersebut melaporkan dia sedang bermain dengan rakan-rakannya dan sesuatu berlaku kemungkinan ada benda terjatuh padanya yang menyebabkan kecederaan kecil itu.

Tidak ada bunyi tembakan kedengaran atau dia ditembak ketika bermain.

Pemeriksaan imbasan otak kemudian dilakukan di hospital tersebut dan mendapati terdapat peluru di dalam kepala budak tersebut yang sering kali tertidur.

Doktor kemudian melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan peluru tersebut.

Pada Ahad lalu, budak itu kelihatan gembira dan boleh berkomunikasi dan dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!