Kadar positif Covid-19 PUI Sivagangga 1.46 peratus: Dr Adham

 Dr Adham Baba
Dr Adham Baba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar positif terkini bagi kes Covid-19 melibatkan kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga di Kedah adalah 1.46 peratus.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi kadar positif wabak itu di Kuching sehingga semalam sebanyak 2.64 peratus melibatkan sembilan kluster aktif.

“Bagi Kluster PUI Sivagangga sehingga semalam, 1,647 individu telah disaring dan daripada jumlah ini 24 kes dikesan positif Covid-19.

“Di Kuching, seramai 2,541 individu disaring dan 67 kes adalah positif,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai status kes Covid-19 di Kedah dan Kuching serta langkah kementerian untuk mencegah gelombang seterusnya termasuk jumlah saringan yang dibuat.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!