Reman suspek kes jerut isteri dilanjut 7 hari lagi

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

SEPANG - Tempoh reman ke atas suspek yang didakwa membunuh isterinya di Taman Mas Putra Perdana, dekat sini pada Rabu lalu dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

"Suspek berusia 41 tahun yang juga sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dilanjutkan reman tujuh hari sehingga Rabu depan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini, suspek telah ditahan reman mulai 31 Julai lalu sehingga hari ini.

WAN KAMARUL
WAN KAMARUL

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek yang berang dengan tindakan isterinya yang mahu memfailkan pengesahan cerai, bertindak menjerut leher wanita itu hingga mati dengan menggunakan tudung.

Suspek kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.

Artikel Berkaitan:

Suspek kemudian berpura-pura mencari isterinya yang merupakan seorang pensyarah, 40, bersama dengan anak perempuannya berusia 14 tahun.

Terdahulu, polis mendedahkan tempahan perkhidmatan e-hailing yang dibuat suspek ke lokasi kejadian membongkar kes pembunuhan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati

Jerut leher isteri: Suspek negatif dadah

Kes jerut isteri, polis rekod keterangan anak

Kes jerut isteri: Lebih dua jam selam dalam tasik cari barang bukti

Siasatan kes bunuh pensyarah selesai, motif dikenal pasti: Polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!