Twitter watak pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 cuit hati warganet
PENANGAN drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 mencetuskan fenomena luar biasa apabila warganet mula mencipta akaun Twitter setiap watak dalam drama arahan Jamal Khan itu.
Mereka kemudiannya menulis rantaian dialog bagi setiap watak.
Perkongsian di Twitter @cikshuha itu tular di laman sosial.
Apa yang menarik perhatian, biografi ditulis berdasarkan dialog yang dipertuturkan oleh setiap watak.
Misalnya, watak Mak Leha dilakonkan oleh Liza Abdullah yang membenci menantunya, Mia mencuit hati apabila ditulis, "Aku nak anak aku kahwin dengan Nurul" ekoran mencari isteri baru buat Khuzairi.
Begitu juga watak Nurul dilakonkan oleh Wafariena Roslan membuatkan warganet terhibur dengan dialog, "Nurul sayang Mak Leha, abang Ri, Nurul akan jaga abang Ri dengan Alisa baik-baik".
Drama bersiri itu yang merupakan kesinambungan siri pertama menggandingkan Shukri Yahaya (Khuzairi) dan Siti Saleha (Mia) itu dikatakan lebih beremosi dan kesabaran penonton seolah-olah diuji.
Drama adaptasi novel penulis Siti Romizah memaparkan konflik antara Mak Leha dan Mia yang dilihat tidak 'sebulu' hingga membuatkan Khuzairi tertekan dan bersetuju mendirikan rumah tangga bersama Nurul.
Drama sebanyak 33 episod ini sudah tiba di kemuncak hingga membuatkan penonton tidak sabar menunggu setiap episod setelah disiarkan pada 2 Julai lalu.
Kata @Asiah berkata, "Haa sudah satu keluarga Pak Samad sekali dengan Pak Samad main Twitter, tinggal tak jumpa Kenit, Alisa, Pak Andak, Mak Andak je lagi ni hahahahahha #7harimencintaiku2".
@syhira pula menulis, "Serius tak sabar nak tengok 7HM2 malam ni. Dasar Mak Leha talam 2 muka".
This is insane penangan #7harimencintaiku2 , almost semua watak ade twitter dah sekarag, yang tak boleh blah, bio masing2 @_MAKLEHA@miaadriana_@NurulAin_7hm2pic.twitter.com/P50YmBI0Ho
— shadalisa (@Cikshuha_) August 5, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!