'Kemungkinan ada tapi belum tentu beli'

Vincent pada sidang media majlis menandatangani kontrak antara Luqman Hakim Shamsudin dan KV Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur hari ini.
Vincent pada sidang media majlis menandatangani kontrak antara Luqman Hakim Shamsudin dan KV Kortrijk di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

AHLI perniagaan terkemuka negara, Tan Sri Vincent Tan tidak menolak kemungkinan akan membeli pasukan Liga Malaysia (Liga-M) suatu hari nanti.

Bagaimanapun, Vincent yang kini menjadi pemilik tiga kelab Eropah termasuk KV Kortrijk menegaskan, perancangan tersebut tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

"Tengoklah dulu... sekarang perniagaan bola sepak bukan senang, semua rugi sahaja. Jadi saya kena fikir baik-baik. Buat sementara, belum ada lagilah (hasrat membeli pasukan Liga-M).

"Tapi saya ada terfikir juga (membeli pasukan Liga-M). Mungkin dalam (tempoh) dua tiga tahun lagi, siapa tahu. Kemungkinan itu selalu ada tetapi itu kemungkinan sajalah, belum tentu beli," katanya.

Vincent turut menganggap semua pasukan dalam saingan Liga-M sebagai 'kawan' sehingga menjadi faktor utama beliau sukar membeli pasukan di negara ini.

"Saya rasa susah mahu beli pasukan di sini (Malaysia) sebab semua kawan-kawan. Pasukan Pahang kawan, Johor kawan, semua kawan, jadi macam mana nak lawan.

"Kalau di luar negara semua lawan saya, mana ada kawan, (jadi) boleh lawan," ujar Vincent berseloroh, sekali gus menempis spekulasi beliau mahu membeli pasukan Liga-M dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau turut melihat juara Liga Super enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pasukan terkuat dan terbaik di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang saya lihat sejak beberapa tahun lalu, JDT sudah berada pada satu tahap yang cukup membanggakan berbanding pasukan tempatan lain," jelasnya yang juga pemilik kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City dan kelab utama Liga Bosnia, FK Sarajevo.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!