Tragedi Beirut: Macron gesa 'perubahan besar' di Lubnan

A
A
A

AMMAN - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa 'perubahan besar' dalam kepemimpinan Lubnan ekoran kejadian letupan besar di Beirut pada Selasa.

Beliau yang melawat lokasi kejadian itu, meminta siasatan antarabangsa dijalankan, menurut Agensi Berita Jordan (Petra).

Ramai rakyat Lubnan mengatakan rasuah, kecuaian dan salah pengurusan kerajaan, menyumbang kepada kejadian itu.

Peristiwa menggemparkan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 137 orang dan mencederakan kira-kira 5,000 yang lain, manakala puluhan lagi masih hilang.

Darurat diisytiharkan selama dua minggu.

Presiden Lubnan Michel Aoun berkata penyimpanan 2,750 tan ammonium nitrat dengan cara yang tidak selamat di gudang di pelabuhan Beirut menjadi punca kepada insiden tragis itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!