Covid-19: Enam vaksin dalam percubaan fasa ketiga
GENEVA - Enam vaksin percubaan koronavirus (Covid-19), termasuk tiga dari China, kini memasuki percubaan fasa ketiga, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan, dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing, kata pengarah eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO Michael Ryan pada taklimat maya.
Tiga lagi vaksin dihasilkan Universiti Oxford/AstraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/ Pharma Pharma/Pfizer, tambah beliau.
Pada fasa ketiga, buat pertama kalinya, vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum, sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, keimunogenan dan tindak balas imun pada sebilangan kecil manusia.
Ujian fasa ketiga akan menguji sama ada vaksin dapat melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.
Namun, tidak bermaksud fasa ketiga ini vaksin sudah hampir tersedia kerana tiada jaminan mana-mana daripada enam vaksin percubaan itu akan memberi kita jawapan.
Secara keseluruhan, 165 vaksin percubaan sudah melalui beberapa ujian dan 26 daripadanya ujian klinikal, menurut WHO. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!