Tragedi Beirut: Lubnan tahan 16 pekerja pelabuhan Beirut

Pelabuhan Beirut selepas letupan di Beirut, Lubnan. Foto: Xinhua
Pelabuhan Beirut selepas letupan di Beirut, Lubnan. Foto: Xinhua
A
A
A

BEIRUT - Pihak berkuasa Lubnan menahan 16 pekerja Pelabuhan Beirut, susulan kejadian letupan besar yang membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dan hampir 5,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Khamis.

Kenyataan mahkamah tentera yang disiarkan Agensi Berita Nasional (NNA) menyebut pekerja berkenaan ditahan sebagai sebahagian siasatan yang dijalankan sejak kejadian letupan berlaku pada Selasa.

Selain itu, keterangan turut diambil daripada 18 pekerja termasuk pegawai lembaga eksekutif pelabuhan, pihak berkuasa kastam, kakitangan penyelenggaraan dan pekerja di gudang No.12 bagi membantu siasatan.

Puluhan lagi mangsa masih hilang dalam kejadian itu.

Menurut kerajaan letupan itu perpunca daripada amonium nitrat yang disimpan di gudang di pelabuhan Beirut, siasatan masih berjalan dan hasilnya akan diumum dalam masa lima hari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!