PKPP: SOP aktiviti sukan di negara ini masih sama

Wan Ahmad Fayhsal menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf terpilih sempena Majlis Ramah Mesra Anak Jati Kelantan di sini hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf terpilih sempena Majlis Ramah Mesra Anak Jati Kelantan di sini hari ini.
A
A
A

PASIR MAS - Setakat ini Kementerian Belia dan Sukan masih menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk sebarang aktiviti sukan di negara ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Menterinya, Senator Wan Ahmad Fahysal Wan Kamal berkata, kementerian menyedari keresahan industri sukan negara dan pihaknya juga sentiasa menerima permintaan bagi penganjuran aktiviti sukan.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa negara yang masih mengambil serius langkah-langkah pencegahan penularan wabak koronavirus (Covid-19) beliau meminta persatuan sukan bersabar dan sentiasa patuh dengan arahan terdahulu yang dikeluarkan.

“Cuma saya rasa kita perlu tunggu pengumuman lanjut pada hujung bulan lapan ini berkaitan status PKPP dan ianya mungkin ada perubahan bergantung kepada keadaan.

“Kalau kita lihat Kluster PUI Sivagangga ini semakin serius mungkin ada pertimbangan lain,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Jati Kelantan di Dewan Kemas Lubok Jong di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Laila Nazura Nawi; Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Hafizul Nizam Abdullah dan Pengerusi Pertubuhan Anak Jati Kelantan, Datuk Muhammad Amin Ridhuwab Ab Aziz.

Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Fayhsal berkata, terdapat cadangan untuk pembinaan litar lumba di Gua Musang, Kelantan di bawah Rancangan Malaysia ke 12.

Artikel Berkaitan:

“Perkara ini masih belum diputuskan sepenuhnya. Insya-ALLAH sama-sama kita doakan berita baik tersebut,” katanya.

Dalam pada itu juga, Wan Ahmad Fayhsal berkata, sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 2024 di Kelantan pihaknya turut menerima permohonan pembangunan infrastruktur sukan dengan mengambil kira patuh syariah.

Katanya, buat masa ini permohonan yang dibuat semasa kerajaan terdahulu masih lagi relevan dan ia masih dibincangkan.

“Perkara berkaitan patuh syariah yang turut melibatkan pertambahan belanja dan sebagainya kita masih bincangkan dengan kerajaan negeri dan wajar didengari serta dipertimbangkan di peringkat tertinggi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!