PH sedia pertimbang kemasukan parti Tun M

Anwar berucap pada program jelajah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor malam ini. - Foto Bernama
Anwar berucap pada program jelajah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan untuk menerima masuk parti baharu yang bakal ditubuhkan kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gabungan itu bagi menguatkan barisan pembangkang.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan menerima parti baharu itu bergantung kepada permintaan dibuat pihak Dr Mahathir jika ingin menyertai kembali PH.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sejauh mana perkembangan parti pimpinan Mahathir tersebut.

"Tun baru nak umumkan nak tubuh parti baharu, jadi kita tengoklah. Sekiranya dia (Mahathir) minta kita pertimbanglah, biar dia minta dulu,” katanya ketika ditemui media selepas Program Jelajah Presiden PKR Peringkat Selangor di Kediaman Menteri Besar, malam ini.

Antara penyokong PKR yang hadir dalam program jelajah berkenaan
Antara penyokong PKR yang hadir dalam program jelajah berkenaan

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Dr Mahathir dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim tidak lama lagi.

“Untuk PRK Slim dia minta PH kerjasama,” katanya.

Terdahulu, Mahathir yang juga bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan penubuhan parti baru selepas keahliannya sebelum ini terbatal.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut membenarkan permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi membatalkan saman dikemukakan Tun Mahathir dan empat yang lain berhubung keahlian mereka dalam Bersatu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!