Kalau tak faham, diam

A Kadir Jasin dan Mohd Puad Zarkashi
A Kadir Jasin dan Mohd Puad Zarkashi
A
A
A
AWANG tak terkejut dengan posting Dr Puad Zarkashi, mantan boss besar JASA baru-baru ini. Lebih kurang katanya, UMNO wajib tuntut duit dan aset daripada Datuk A Kadir Jasin.

Awang suka sangatlah kalau UMNO boleh buat gitu. Bertambahlah duit dan harta UMNO. Tapi sebelum itu, kena pastikan dulu fakta Dr Puad tu betul atau tidak.

Nampaknya bukan sahaja faktanya salah tapi dia tak faham apa yang dia cakapkan.

Pelik juga orang kuat penerangan UMNO tak reti apa yang dia cuba terangkan. Puncanya dia ambil daripada posting orang lain yang dah beredar selama ini.

Ada beberapa orang yang sebar cerita bahawa Kadir bukan sahaja sahaja jutawan tapi bilionair. Ada pula posting yang kata: “Pak Kadir antara orang Melayu paling kaya dalam Malaysia pada tahun 1990-an.”

Memang teruk Tuk Kadir kena belasah oleh sebab dia penyokong tegar Tun mantan Perdana Menteri. Apabila Tun jatuh, dia tetap pertahan Tun. Maka makin hebatlah serangan ke atas beliau.

Awang yang tak reti hal korporat ini pun tahu cerita “Empat Budak Melayu” yang ambil alih NSTP dulu.

Memang mereka kuasai banyak syarikat melalui MRCB. Tapi Kadir hanya pemain kecil dalam rancangan itu. Ada orang yang sebenarnya jadi taiko.

Nak kata Tuk Kadir orang terkaya dalam satu daerah di Kedah pun Awang ragui. Tapi bila kita banyak musuh, banyaklah orang yang akan cari salah. Cerita lama yang tak betul pun terbongkar. Orang sekarang yang tak faham dan tak tahu pun tumpang sekaki.

Artikel Berkaitan:

Peliknya mereka termasuk mantan orang kuat penerangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!