Dua wanita antara diberkas berlumba

Dua wanita antara yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, awal pagi tadi.
Dua wanita antara yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan samseng jalanan antaranya dua wanita diberkas kerana melakukan aksi berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi kira-kira jam 1.15 pagi itu dijalankan sepasukan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman.

"Pemantauan bertindak mengekori enam penunggang motosikal yang melakukan aksi bersaing sesama sendiri, 'superman' dan zig-zag.

"Kesemua penunggang terbabit kemudian memberhentikan motosikal mereka di sebuah stesen minyak di Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum diberkas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nadzri berkata, tangkapan terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan dari 20 hingga 26 tahun.

Katanya, kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Yamaha Lagenda ZR dan Yamaha LC135 dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

"Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!