Polis tembak tayar kereta pengedar dadah

Antara dadah yang dirampas polis.
Antara dadah yang dirampas polis.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta dipandu lelaki disyaki pengedar dadah selepas suspek bertindak agresif cuba meloloskan diri semasa diperiksa di tepi Lebuhraya Baru Pantai (NPE) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak setahun lalu itu ditahan menerusi Ops Tapis di tepi Lebuhraya NPE pada jam 3.15 petang selepas dikesan memandu dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa proses pemeriksaan dijalankan, suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta jenis Honda City dipandunya hingga merempuh kenderaan polis.

"Melihat tindakan agresif suspek, polis telah melepaskan dua das tembakan ke arah tayar untuk memberhentikan kereta suspek.

"Suspek yang ditahan itu kemudian sekali lagi bertindak agresif hingga berlaku pergelutan dengan polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, pemeriksaan lanjut telah menemui 20 peket plastik disyaki mengandungi dadah jenis heroin di dalam beg silang suspek.

Beliau berkata, soal siasat ke atas suspek yang memiliki lapan rekod lampau itu telah membawa penahanan dua lagi lelaki secara berasingan di sekitar Subang Jaya pada kira-kira jam 5 petang hari yang sama.

"Tangkapan suspek kedua berusia 26 tahun di sebuah rumah itu membawa pelbagai dadah antaranya rampasan 11 paket plastik disyaki berisi dadah syabu, satu paket ganja serta tiga paket pil ekstasi dianggar bernilai RM48,480.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan penglibatan suspek dalam jenayah pengedaran dadah khususnya di daerah Petaling Jaya," katanya.

Katanya, kesemua suspek direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!