Kontak rapat, pesakit dirawat jururawat positif Covid-19 dikesan

Mesej tular di media sosial yang mana seorang netizen marah terhadap tindakan seorang anggota kesihatan yang masih bertugas walaupun dia mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan. Gambar kiri: Dr Ding Lay Ming
Mesej tular di media sosial yang mana seorang netizen marah terhadap tindakan seorang anggota kesihatan yang masih bertugas walaupun dia mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan. Gambar kiri: Dr Ding Lay Ming
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang mengesan dan melakukan ujian saringan ke atas semua kontak rapat termasuk pesakit susulan seorang jururawat yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di sini disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19).

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, anggota kesihatan terbabit dikesan positif di bawah pengawasan Influenza Like Illness (ILI) selepas menjalani saringan bagi gejala dialaminya pada 5 Ogos lalu.

"Anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan kes Covid-19 yang telah dilaporkan semalam dan daripada siasatan dijalankan, anggota ini tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif Covid-19 sebelum ini.

"Siasatan rapi untuk mengesan punca jangkitan itu masih dijalankan dan JKN Perak turut meneruskan aktiviti pengesanan kepada semua pesakit yang pernah dirawat anggota berkenaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Menurutnya, sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh itu, anggota terbabit sentiasa memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan hand sanitizer.

"Pada ketika ini anggota terbabit telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Saringan awal ke atas lima kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej tular di media sosial yang mana seorang netizen marah terhadap tindakan seorang anggota kesihatan yang masih bertugas walaupun dia mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Kemarahan itu timbul apabila isteri dan anaknya diminta untuk menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mereka dikenalpasti sebagai kontak rapat kepada anggota terbabit.

Semalam, dua kes Covid-19 direkodkan di Perak yang merupakan kes Influenza Like Illness (ILI).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!