SenQ buka cawangan ke-30
NILAI – SenQ Digital Station melebarkan lagi sayapnya dengan membuka cawangan yang ke-30 di Pasaraya Aeon Nilai.
Pengarah Urusannya, K H Lim berkata, Nilai adalah lokasi paling strategik untuk kembangkan perniagaan berikutan populasi penduduknya yang semakin bertambah.
“Dengan pembukaan cawangan SenQ di sini, kami berharap ia dapat memberikan nilai terhebat kepada pelanggan untuk membeli-belah.
“Cawangan baru ini bukan saja menawarkan pelbagai jenis barangan elektrik dan elektronik, malah pelanggan diberi kemudahan menguji peralatan bagi menjamin kualiti selaras dengan visi kami ‘Feel It Test It’," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran, semalam.
Pembukaan cawangan itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan kongsi utama SenQ iaitu Samsung, Panasonic, Sharp, Sony, Huawei, LG, Electrolux, Toshiba, Hitachi, Pensonic, Robam, AIG dan AEON.
K H Lim berkata, menariknya kali ini syarikat itu menggunakan format saiz kedai yang lebih besar bagi menawarkan pengalaman eksklusif dan lebih memuaskan kepada pelanggan.
Menurutnya, sempena pembukaan itu, sebanyak 500 unit produk elektrik kecil berkualiti tinggi ditawarkan dengan hanya RM10 saja.
“Selain itu terdapat pilihan produk daripada kategori yang berbeza dengan penjimatan sehingga 40 peratus, waranti penggantian khas selama 24 bulan dengan hanya bayar RM1, pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan bagi pemegang kad kredit dan banyak lagi.
“Dengan kempen ‘Double Festive, Double Rewards’, SenQ memberi pelbagai tawaran menarik sebagai ganjaran kepada ahli PlusOne, iaitu hadiah misteri percuma dan tawaran menarik lain,” katanya.
Beliau berkata, sebagai rangkaian pengedar elektrik utama di negara ini, adalah perlu untuk pihaknya merancang perkhidmatan lebih mesra dan terancang kepada pengguna.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!