Empat kedai musnah terbakar
KUALA PILAH - Empat unit kedai papan musnah dalam kebakaran di Pekan Air Mawang, Johol di sini pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 pagi itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, bomba menerima maklumat kecemasan pada jam 7.59 pagi dan sampai ke lokasi jam 8.10 pagi.
"Seramai 22 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin dan Bahau ke lokasi untuk memadam kebakaran.
"Kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot dan tiga unit kedai lain yang kesemuanya musnah 100 peratus dalam kejadian itu," katanya.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!