Tradisi berbeza NDP 2020

Presiden Singapura, Halimah Yacob (kanan) dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong (memakai topi putih) bersama ahli Parlimen lain memberi tepukan kepada petugas barisan hadapan ketika acara perbarisan di Padang pagi tadi. - Foto ST

A
A
A

SINGAPURA - Perarakan Hari Kebangsaan Singapura kali ke-55 (NDP 2020) dengan tema ‘Together, A Stronger Singapore’ berlangsung hari ini dengan format agak berbeza di tengah-tengah musim pandemik koronavirus (Covid-19) kira-kira sebulan selepas negara itu mengadakan Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020).

Buat pertama kali, acara biasa seperti terbang lintas lalu bendera Singapura, pertunjukan enam jet pejuang F-15SG dan terjunan bebas (payung terjun) oleh pasukan Red Lions dilakukan di lokasi berbeza termasuk lapan hospital bertujuan untuk memberi tabik hormat kepada petugas barisan hadapan.

Helikopter Chinook yang membawa bendera kebangsaan diiringi helikopter Apache ketika sambutan Hari Kebangsaan hari ini. - Foto AFP
Helikopter Chinook yang membawa bendera kebangsaan diiringi helikopter Apache ketika sambutan Hari Kebangsaan hari ini. - Foto AFP

Padang sekali lagi menjadi lokasi acara tersebut yang menyaksikan jumlah kontinjen telah dikurangkan sebagai langkah untuk membendung penularan wabak tersebut.

Sebagai mematuhi langkah jarak sosial yang selamat, hanya Angkatan Tentera Singapura dan Pasukan Polis Singapura menyertai perbarisan tersebut, masing-masing menghantar 36 anggota untuk setiap kontinjen, separuh daripada 72 peserta pada tahun-tahun sebelum ini.

Pertunjukan bunga api selama kira-kira lima minit yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara. - Foto Today
Pertunjukan bunga api selama kira-kira lima minit yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara. - Foto Today

Ia dihadiri kira-kira 150 penonton termasuk Presiden, Halimah Yacob bersama para menteri dan bakal ahli Parlimen serta wakil daripada orang awam.

Acara sambutan yang berlangsung sepanjang hari dengan pelbagai acara menarik khas untuk para penduduk yang menyaksikan dari rumah itu juga menampilkan kelainan menerusi perarakan aset dan senjata perang di seluruh negara bandar terbabit.

Artikel Berkaitan:

Enam jet pejuang F-15SG melakukan formasi di ruang udara Marina Bay Sands. - Foto AFP
Enam jet pejuang F-15SG melakukan formasi di ruang udara Marina Bay Sands. - Foto AFP

Selain itu, ia juga dimeriahkan dengan persembahan bunga api di 10 lokasi termasuk Bishan, Punggol, Tampines dan Woodlands. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!