Klip video itu sudah lama, bukan di PRK Cameron Highlands

Muhyiddin (kiri) bersama Guan Eng ketika mengunjungi Bilik Gerakan Bersatu di Kuala Medang hari ini.
Muhyiddin (kiri) bersama Guan Eng ketika mengunjungi Bilik Gerakan Bersatu di Kuala Medang hari ini.
A
A
A

LIPIS - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan klip rakaman yang tersebar sejak beberapa hari lalu berlaku ketika kempen PRK Cameron Highlands kali ini.

Sebaliknya Menteri Dalam Negeri itu memberitahu klip tersebut sudah lama berlaku ketika banjir melanda di Pulau Pinang pada November 2017 lalu.

"Hari ini saya nak jelaskan saya baru turun berkempen.. Ia berlaku pada banjir di Pulau Pinang..turun melihat masalah penduduk terkena banjir.. Itu tak salah..

"Saya sedih juga mendengar keluhan mereka(berikan bantuan) kepada mangsa terbabit. Saya menyangkal dakwaan itu dan ia jauh berlaku sebelum pilihan raya.. Jadi ia tak salah.. Saya membantu mereka, menyelesaikan masalah mangsa,"katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media di Bilik Jentera Bersatu di Kuala Medang hari ini selepas sebuah klik rakaman tersebar memaparkan Muhyiddin dengan uniform Bersatu menghulurkan duit kepada seorang wanita.

Hadir sama Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Eng dan menggesa satu laporan polis dibuat mengenai penyebaran klip terbabit.

Sementara itu, Guan Eng meminta kerjasama semua jentera PH membantu memastikan pengundi keluar mengundi, esok.

"Sekarang bergantung kepada organisasi kita untuk membawa kemenangan kepada PH atau tidak.. Usaha dalam tempoh 24 jam terakhir dan capai kemenangan bersejarah selepas 61 tahun.. Kali ini Cameron berubah,"katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!