'Nekad bawa ibu lumpuh daki Gunung Jerai'

Kedua-dua beranak itu bergambar bersama salah seorang pendaki Gunung Jerai.
Kedua-dua beranak itu bergambar bersama salah seorang pendaki Gunung Jerai.
A
A
A

YAN - Seorang lelaki tetap membawa ibunya yang lumpuh melakukan riadah dengan menolak kerusi roda milik warga emas itu setiap kali mendaki Gunung Jerai pada hujung minggu.

Ahmad Supri Jamaludin, 54, dari Padang Lumat, Guar Chempedak, berkata, usahanya itu adalah sebagai terapi minda untuk ibunya, Mah Jusoh, 91, sekali gus bagi memberi peluang kepada wanita tersebut supaya menikmati keindahan alam semula jadi di luar rumah selepas lumpuh sejak lapan tahun.

Mah
Mah

"Saya mahu memberi peluang kepada ibu untuk menghayati kecantikan dan keistimewaan di gunung ini. Pada masa sama, saya sendiri boleh memantapkan stamina kerana saya perlu fokus pada setiap langkah serta perlu cekap berikutan laluan yang curam dan berliku sepanjang menolak kerusi roda ibu.

"Sebagai seorang pencinta alam, saya mahu berkongsi teruja mendaki gunung tertinggi di Kedah ini bersama ibu yang kini menggunakan kerusi roda sepanjang masa," katanya.

Pemilik syarikat 'Sg Lentang Precision Tooling and Service' dan 'Sg Lentang Food Industry' itu menambah, kebetulan dia sememangnya menggemari aktiviti sukan lasak.

"Jadi menolak kerusi ibu bukanlah satu beban bagi saya. Sebelum ini, ibu sememangnya seorang yang kuat berjalan dan gemar membuat senaman dengan berjalan kaki setiap hari

"Saya akan tetap meneruskan aktiviti bersama ibu, termasuk mendaki Gunung Jerai ini. Selain untuk terapi ibu, aktiviti ini juga dapat menambah kemesraan hubungan antara kami berdua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pengunjung lain turut merakamkan gambar kenangan bersama Mah yang mendaki Gunung Jerai menggunakan kerusi roda.
Pengunjung lain turut merakamkan gambar kenangan bersama Mah yang mendaki Gunung Jerai menggunakan kerusi roda.

Secara purata, Ahmad Supri mengambil masa kira-kira 30 minit bagi satu kilometer untuk menolak kerusi roda ibunya itu manakala pendakian sepanjang enam kilometer biasanya memerlukan masa lebih kurang tiga jam.

Usaha Ahmad Supri itu telah mendapat perhatian pelayar media sosial.

Sementara itu, Mah berkata, dia gembira kerana masih dibawa bersiar-siar sambil dia sendiri dapat menemani anaknya mendaki Gunung Jerai.

"Tak ada perasaan takut pun malah saya seronok sebab dapat jumpa orang ramai," ujar warga emas itu.

Sambil itu, dia berdoa semoga diberi kesihatan yang baik supaya terus dapat meneruskan aktiviti bersama anaknya bagi mengisi masa terluang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!