Lagi menteri Lubnan letak jawatan

Damianos Kattar - Foto fail AFP
Damianos Kattar - Foto fail AFP
A
A
A

BEIRUT - Menteri Alam Sekitar Lubnan, Damianos Kattar meletakkan jawatan semalam dan merupakan anggota Kabinet kedua bertindak sedemikian ekoran dua letupan dahsyat yang berlaku di ibu kota negara itu baru-baru ini.

"Saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan," kata Kattar dalam satu kenyataan yang menambah beliau hilang harapan terhadap rejim negara itu.

Menurut badan penyiaran Al-Jadeed, Perdana Menteri, Hassan Diab cuba memujuknya untuk meneruskan tugasnya dengan memegang jawatan itu.

Sebelum ini, Menteri Penerangan Lebanon, Manal Abdel Samad mengumumkan peletakan jawatan ekoran berlaku letupan besar tersebut dan tunjuk perasaan antikerajaan di negara itu.

Peletakkan jawatan Manel itu berlaku ketika orang awam marah dengan bencana tersebut yang didakwa berlaku akibat salah pengurusan dan perbuatan rasuah.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, seramai 158 orang terbunuh dan lebih 6,000 orang cedera selepas 2,750 ammonium nitrat yang dirampas oleh pihak berkuasa dan disimpan di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut pada tahun 2014 meletup dan sejumlah bunga api pula terbakar. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!