Rapid KL tempatkan pegawai, polis bantuan di stesen
KUALA LUMPUR - Rapid KL mengambil inisiatif dengan menempatkan pegawainya serta polis bantuan di beberapa stesen di laluan Kelana Jaya pada sebelah pagi dan petang bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang.
Rapid KL menerusi Facebook memaklumkan kawalan pergerakan penumpang di stesen LRT Wangsa Maju, Seri Rampai, Setiawangsa, Universiti dan Kelana Jaya akan bermula pada jam 7 pagi hingga 9 pagi, manakala kawalan di stesen LRT Ampang park, KLCC, Dang Wangi serta Kerinchi pula pada jam 5 petang hingga 7 petang.
Bagi stesen LRT Masjid Jamek, Pasar Seni, KL Sentral dan Bangsar kawalan pergerakan penumpang akan dibuat bagi kedua-dua waktu iaitu pada jam 7 pagi hingga 9 pagi dan jam 5 petang hingga 7 petang.
Menurut Rapid KL lagi, kawalan tersebut hanya dijalankan pada hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan di platform.
Susulan itu, orang ramai diingatkan untuk merancang perjalanan masing-masing.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!