Jambatan Malaysia-Thai beri impak besar
KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyambut baik persetujuan yang dibuat antara Malaysia dan Thailand untuk mempercepatkan proses pembinaan jambatan yang akan menghubungkan Kelantan dengan Narathiwat di sini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut bakal memberi impak yang positif kepada negeri ini terutamanya daripada segi pembangunan dan sosial masyarakat.
“Ia perkara yang sangat baik. Memang sesuailah sebab ia akan buka peluang pekerjaan yang meluas dan ekonomi yang semakin berkembang,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberitahu Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mempercepatkan proses pembinaan jambatan yang akan menghubungkan Kelantan dengan Narathiwat; iaitu Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor dan Sungai Golok-Rantau Panjang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!