Lebih baik pakai pelindung muka
PUTRAJAYA- Pemakaian pelindung muka (face shield) adalah lebih baik meskipun masih tiada bukti ia dapat mengelakkan jangkitan koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peralatan itu sekurang-kurangnya dapat memberi perlindungan.
"Lebih baik pakai pelindung muka daripada tidak pakai langsung," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan mengenai cadangan penggunaan pelindung muka terhadap murid sekolah bagi mengekang penularan Covid-19.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan KKM terhadap penggunaan pelindung muka sebagai alternatif kepada pengguna pelitip muka bagi pelajar sekolah.
Setakat ini, pelajar tidak diwajibkan memakai pelitup muka ketika di sekolah namun penggunaannya sangat digalakkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!